c

Kelas Ms. Office – Rekaan Muka Depan Buku

7 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Oktober 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Ms. Office – Rekaan Muka Depan Buku. Peserta yang terlibat adalah seramai 7 orang. Kelas Ms. Office – Rekaan Muka Depan Buku ini dilaksanakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang kepelbagaian fungsi Microsoft Word, secara khususnya fungsi rekaan muka depan buku.

Kelas ini dijalankan untuk membantu meningkatkan pengetahuan para pelajar tentang fungsi Microsoft Word dan bagi meningkatkan kreativiti. Para pelajar diberi tunjuk ajar tentang cara membuat rekaan kulit depan buku menggunakan Microsoft Word kemudian mereka dikehendaki membuat rekaan mengikut kreativiti masing-masing. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali